08 March 2013

3 IN 1 LENS - macro,wide,fisheye

assalamualaikum.


Kita nak cite yang kita minat sangat lense yang boleh pasang kat phone tu. Masa tu tengah gila nak lense macro nak tangkap gambar serangga kecik2 tu. Dulu kita ingat untuk ipong je boleh. Rupa-rupanya untuk phone kita pun boleh. YAYYYY. tapiiiiiiiiiiiiiiiiii..... ada tapi. DUIT DA CIPUT,BAJET DA LARI. kena postpone bulan depan insyaallah. yang bestnya lense ni dia 3-1. ada macro, wide, fish eye. Kalau korang nak beli, check ig MILKYWAYSTORE.  3 IN 1 LENSE untuk RM75!! murahkan dan semua jenis smartphone boleh guna.










pening dengan blog

assalamualaikum

malam-malam buta camni kononnya rajin nak ubah blog yang da berkepam ni bagi cantik cikit la sebab da lama kan design camtu je tak berubah2. last2 mampu ubah setakat ni je.haha. ish tak reti la nak ubah header tu bagi size dia ngam2 je. pening dengan serabutnya . Siap dapat bonus dengan gigitan nyamuknya. ish.


12 December 2012

perasaan bercampur baur

assalamualaikum

rasa rindu nak update blog tapi malas pastu tak tahu nak tulis apa. lagipun bukan ada orang baca pun.hiks.
Kalau korang kan baju ke cadar yang da lusuh korang buat ape??*tiba-tiba da mula cite,nampak tak keeksaitedan nak tulis blog tu.hahaha. macam saya kan, haritu kemas2 bilik buang la baju yang da lusuh sume, bagi kawan sure dorang taknak sebab da lusuh kan.

Nak dipendekkan cerita, masa lepas gotong-royong kitorang berkumpul kat satu bilik ni, pastu terpandang baju and cadar yang saya buang aritu!! omaigod ada orang geledah sampah yang saya buang tu. saya pun nak tengok la sape la yang ambil baju tu rupanya acik cleaner.huhu. faham tak apa perasaan saya masa tu? sedih. bercampur baur dengan rasa bersalah.

Bagi kita mungkin barang tu kita da tak perlukan lagi. bagi orang lain? dorang sangat menghargai. Sekarang sebelum saya nak buang baju kena fikir dulu bagi kat sape2 yang perlukan.sobsobsob




20 November 2012

kongkong

assalammualaikum

kongkong? best tak kena kongkong ni? pelik la tengok pakwe yang kongkong makwe dia nak keluar dengan kawan sendiri pun tak boleh. Kira kuasa si pakwe ni melebihi kuasa si ayah yang bagi makan minum untuk anak dia. Ni kita nak panggil caring ke selfish ke cinta ke ape?


Yang memelikkan keadaan si pakwe ni keluar pergi mana-mana takpe. Kalau si makwe it a big NO NO. Sedangkan si makwe ni ada kehidupan sendiri juga, misalnya nak beli barang keperluan seharian ke. Rentetan kuasa lelaki yang over ni menyebabkan makwe yang selama ni jujur terpaksa tipu kononya kat asrama bla bla bla sedangkan tengah outing dengan kawan. best ke kena tipu? best ke kena kongkong?


It's ok kalau pakwe ni tak bagi perempuan keluar malam sebab malam kan bahaya. Alasan ni boleh diterima. nak kongkong anak orang yang bukan tanggungan lagi biarlah berpada-pada. Saya jadi geram tengok kawan saya kena kongkong.

p/s : kalau saya dapat laki yang semua nak kongkong dah lama angkat kaki da.



06 October 2012

HOSPITAL PERMAI



 ASSALAMUALAIKUM. SALAM SABTU

hari yang dielakkan sudah tiba. pasrah, harus diharungi dengan cekal. jantung berdegup dengan kencang, jantung mengepam darah semakin laju. selesai orientasi hospital, alhamdullilah ok jugak rupanya. hehe.


sister yang buat jadual dengan 1 wad 2 student.

1st and 2nd day

wad ni pesakit tak agresif (lelaki )and some patient bekerja tau. kat hospital physicatric pesakit memang digalakkan kerja bila pesakit tu macam da stabil. kita nak ajar pesakit hidup seperti normal. so nice kan. dorang keje sebagai pak gad,cleaner,kat kedai dobi. dorang kerja ikut kemahiran dorang contoh macam masak ke and bila dorang keje dorang dapat elaun. elaun ni diberi nak galakkan dorang bekerja.

lepas habis waktu bekerja dorang masuk balik wad. mula-mula kan geli tau nak makan kat kafe dorang sebab pesakit/bekas pesakit yang masak. huhu tapi dorang macam kita yang normal ni. kalau tak tahu mesti ingat dorang ni normal.

kat wad ni ada kerusi urut, tv LCD, set karoke,permainan. dasyhat tak dasyhat cakap sekarang. disebabkan saya keje ofis hours rasa ngantok sangat sebabnye xde benda nak dibuat.hehe.

hahaha nak jugak merasa

bila staff da abis buatt keje dorang ape lagi karok dengan pesakit la. dah la sedap gilerrr suara MA tu.hehe. ada sorang pesakit ni dia xde respon langsung contoh macam marah ke,sedih ke.senang cakap takde expresi muka la tapi bila karok sume lagu dia khatamkan.haha

3rd & 4th

wad ni pesakit semua lelaki dan sangat agresif ..ada 28 orang pesakit. kalau kita datang, ramai-ramai pergi kat pintu tengok kita sambil senyum-senyum sengih.(pintu dia cermin lutsinar camtu). boleh bayangkan tak? disebabkan dorang agresif kitorang tak keluar pun dari bilik kaunter pemerhatian...dorang akan bertepek kat situ tengok kita kat kaunter.. disebabkan wad ni agresif jadi tak de la kerusi urut dll tu. ada tv LCD je.

dalam kaunter hehe

kitorang berani keluar dari bilik kaunter bila staff keluar bagi makan ubat ke, bagi makan ke,check vital sign. bila waktu makan dorang semua kena beratur tak boleh rebut-rebut makanan. berani rebut, staff marah baru tau!!haha. ada pesakit yang curi makanan orang. pastu makan bersepah sangat. yang berterabur kat lantai tu dorang kutip dan makan. kat wad ni kita tak boleh lembut-lembut dengan dorang. sebab dorang ni agresif dan jenis tak makan saman.

nak tengok pesakit dari CCTV la

kita memang tak boleh la nak borak-borak dengan dorang sebabnya dorang ni cakap merapu da. pastu dorang memang suka bogel. bila staff keluar dari bilik kaunter cepat-cepat dorang pakai. ha tau takot.. tiap ari kita akan ajar dorang gosok gigi.. nak latih dorang hidup normal.




5 DAY

yay hari last untuk minggu ni. penat tau walaupun takde keje. sebab kena jalan kaki kot pergi keje. haha .al maklum la hospital kat sebelah je.. sebelah tak sebelah ke penat gak. harini masuk wad perempuan. pagi-pagi buat senaman. salah seorang drai dorang jadi ketua. lawak pun ada. pesakit dia tak agresif pun.
ada lagi seminggu untuk praktikal kat HOSPITAL PERMAI ni.

dorang ni boleh sembuh cuma kena makan ubat seumur hidup, jangan miss makan ubat!!. kita sebagai masyarakat kena bagi support bila dorang da keluar dari hospital. sebab banyak kes, bila pesakit da boleh discharge keluarga pesakit tak nak jaga. end up duduk kat hospital bertahun lamanya. kesian tak? nasib kita pun kita tak tau lagi. mungkin sekarang kita sihat walfiat tapi satu hari nanti? jadi support la dorang.

lupa nak cakap pesakit kat sini ada diagnos .Schizophrenia ,mania, bipolar mental disorder , mental retarded, dementia(nyanyok). hospital da jadi tempat jagaan orang tua sebab anak-anak tak ambik.kesiannya *nangis

ada lagi seminggu ni belum masuk wad yang pesakit dia gila seks. OMG

penat la tulis panjang-panjang cenggini. ok bai.









28 September 2012

kisah seorang perokok

   assalamualaikum

 rindu kat blog ni. bila tak online teringat-ingat kat blog, siap berangan nak update itu ini bila online.over tau.hihi. bila online hampeh. blogwalking kat blog orang je la. ok la tu kan.


saya baru je lepas habis exam. SUSAH.

'bila jawab exam tu kita rasa susah maksudnya kita kurang persediaan'- mak


sebenarnya kita nak share pasal kawan kita dan orang sekeliling kita yang hisap rokok. macamni.........

SATU HARI
(tengah window shopping)

kwn : huhu tak tahan la.
saya : tak tahan ape?
kwn : tak tahan sangat-sangat. sedapnya kalau da dapat.
saya : tak tahan ape ni!!! (da mula pikir yang bukan-bukan)
kwn : tak tahan tengok orang hisap rokok, rasa sedapnyee kalau dapat.
saya : (rasa nak cekikkkkkk je)


my dad selepas dibebel bertahun-tahun lamanya tanpa putus asa akhirnya berhenti merokok sebab dia mula rasa sakit dada. alhamdullilah ayah da ada kesedaran. tapi aritu masa balik kampung hisap balik sebab pengaruh sekeliling katanya!!. sekarang da takk. KATAKAN TIDAK PADA ROKOK




p/s : daripada duit tu kita bazir beli rokok elok simpan buat minang anak dara orang. hahaks


                                                          

09 September 2012

padang,indonesia- minangkabau

assalammualaikum <3


sebaik sahaja mendarat angin dingin mula terasa. rasa macam kat genting pulak. ingatkan tempat ni panas cikit dari malaysia. rasa excited mula menyelubungi diri. hee~

sebenarnya saya pergi PADANG ni sebab my cousin kahwin. later la cite pasal wedding dia. kitorang berangkat hari isnin and balik malaysia pagi sabtu. tak sampai sejam dalam flight da sampai . tu pun da pening rasa nak muntah da.

kitorang jalan-jalan lepas abis kenduri iaitu pagi jumaat. on the way nak pergi kota padang.


fly fly away. alamak hujan pula

yay da sampai

airport, bangunan, pejabat semua bumbung macamni. kata minangkabau


 kat PADANG ni kedai makan akan sediakan hampir semua jenis lauk kat atas meja. ingatkan buffet! haha. kalau tak, semua saya lahap.. because nasi padang is my feveret ever. 

kalau kita tengok makanan kat sini, jual merata. tapi tak variety macam malaysia . padang jual makanan dia je. kalau tepi jalan tu sepanjang-panjang tu la ada. saya suka SATAY MINANG. kalau kat kl , kat keramat ada jual.. kuah dia tak sama macam satay kita. saya suka sala bulek- bebola warna keemasan. kat kl susah nak cari.waaa





BUKIT TINGGI 

kalau nak shopping kat sini tempat yang best. pelbagai jenis telekung, kain ela yang cantik cantik.

JAM GADANG - simbol bukit padang

BENDI- kalau pakai dress naik bendi feeling ala ala princess.
tapisayangnya kitorang tak naik pun. tak dapat nak feeling jadi princess.

PUNCAK LAWANG

Kat atas puncak ni kita boleh nampak DANAU MANINJAU ( MANINJAU LAKE). Jalan kat sini berliku-liku. jap naik bukit jap turun bukit rasa nak muntah.

ayah tercinta








sampai disini sahaja entry kali ni. nak sambung cari resepi. hahaks.
malas nak cite pasal raya.

nak tau lebih lanjut tentang padang  ??


14 August 2012

iftar sweet 20


assalamualaikum 



 menu : tomyam ayam, sayur campur, telur dadar


tahun depan da susah da nak jumpa :)

11 August 2012

iftar di baitul maghfirah

assalamualaikum

TARIKH : 5 OGOS 2012
HARI : AHAD 
TEMPAT : BAITUL MAGHFIRAH JOHOR BAHRU


alhamdullilah puasa kali ni saya berpeluang berbuka dengan orang yang kurang bernasib baik dari saya. tapi dorang beruntung sebab tempat ni macam home sweet home. rasa kekeluargaan. masuk rumah ni rasa tenang je sebab penghuni dia semua pakai jubah.hehe. (boleh plak macam tu kan). kitorang lebih kurang dalam 90 orang camtu



masa kitorang smpai tu dorang tengah solat asar. sementara tu kitorang snap snap gambar kat lua dulu.hee~


ibu-ibu yang merupakan tulang belakang baitulmal ni. dorang bagi sedikit briefing tentang baitulmal ni.



bertungkus lumus menyediakan onde-onde/kuih melaka untuk buka nanti. saya tukang tengok je.hehe sebab da ramai sangat tolong buat. SEDAP TAU.



menunggu persembahan dari adik-adik. mula-mula dorang malu...................


TESTING TESTING 1..2..3.. 


sayu je bila dengar adik-adik ni nyanyi. teringat adik kat rumah. :( 


wakil dari kumpulan kitorang lebih kurang 30 orang buat persembahan dikir barat
sedihnyo raso ambo hidup sore diri
umor sudoh tuo tp xdok laki
nk acu cubo suruh saing tolong cari
bia xdk rupo asa sajo baik hati




wakil dari mereka yang sekolah menengah :)
nak anak comel camni <3


azan je minum air +kurma +agar-agar .pastu siap-siap untuk solat maghrib.

pastu baru makan makanan berat nasi tomato + ayam merah.sedaaaaaaappnye
P/S : entry malas nak taip tapi nak jugak post sebab da seminggu simpan dalam draft.huhu

27 July 2012

mengidam




assalamualaikum

bila bulan pose ni kan macam-macam la nak ngidam. pastu mula teringat makanan-makanan yang pernah makan sebelum ni. antaranya ialah  mashed potato. hehe. .


tapi mashed potato kat tempat ni je saya rindu. ngidam. terngiang-ngiang nak makan *penuh perasaan tak?
makan bulan lepas dengan farah my BFF





sape pandai cuba teka kat mana?








mak ai memang buat gua telan air liur la der.alaaa tau tak kat mana?



 bukti kesedapan kamera pun tak sempat nak tangkap gambar tangan.


dan tiba masanya untuk mengumumkan mashed potato paling sedap abad ini:



jatuh kepada






1st time makan mashed potato kat sini terus jatuh hati.



saya makan kat wangsa walk. popeyes ada kat mana je ye?



20 July 2012

salam ramadan

jam menunjukkan 14:23 waktu malaysia. alhamdullilah tahun ni berkesempatan lagi menyambut ramadan. syukur ya allah . dan juga tahun ni sekali lagi dapat bersahur dan berbuka  bersama keluarga tercinta masa 1st ramadan. semalam baru sampai umah, esok da kena balik jb da. sobs sobs sobs sambil lap hingus. kengkawan yang duk kat pantai timur dan utara lagi kesian tak dapat balik.sebab jauh.

kesempatan ini saya nak ucapkan salam ramadan al mubarak kat semua muslim muslimat. pastu tak lupa kat kengkawan yang baca entry dan yang follow blog ni.hehe. jom kita target puasa ni lebih baik dari sebelumnya nak?. insyaallah. <3

AZAM
bulan baik bulan mulia harap jadi permulaan untuk kehidupan yang lebih diredaiNYA. amin

1. kena kurangkan lagha
2. kurangkan on9
3. tak jaga tepi kain orang
4. takmo ngumpat ngumpat + mengata orang
5. perbanyakkan baca al-quran
6. solat awal waktu
7. rajin baca buku!!!


hmmmm ape lagi ye?


hari isnin bermula sahur orang bujang.huwaaaaaa