28 June 2012

my 1st baked - kek kukus coklat

beberapa hari lepas wa buat kek.hehe. senyum sampai ke telinga bila orang puji-puji. mestilah suka sebab 1st time buat. satu keluarga suka. si dia pun cakap jadi dan sedap. dorang cakap boleh la jadi juadah raya tahun ni.insyaallah. resepi ni saya ambik kat internet. tapi tak ikut sangat .janji hado . tak tau cawan dia nak besar mana. main ikut naluri masterchef gitu.



Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. kacau butter dengan gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.

4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. ( saya tak tutup pun,sepatutnya tutup. atau balut penutup pengukus dengan tuala kecik.
Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

6.Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.

Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.



sebahagian dari bahan





ha ngeri tak? hahaha tak tahu la kenapa boleh jadi camni.
jap lagi kita mekapkan bagi omey



jeng


jeng


jeng

walaupun tak omey sangat tapi jadi. tu yang kita nak.haha. kek selekeh huhu

21 June 2012

penang 3 generasi

assalamualaikum dan selamat bercuti.ops ke saya je tengah cuti.hahaha

percutian ini dinamakan percutian 3 generasi ataupun lebih mesra dikenali 3 keturunan.
kerana masing masing memegang gelaran yang berlainan. sorang cucu, sorang anak, sorang nenek.
3 dara pinggitan sangat la tidak sesuai kan.

hajat kitorang pula berlainan.
1) ingin berjumpa saudara- nenek dan mak
2) ingin meronggeng - hajat si cucu yang terpesong dari tujuan utama

tapi cukup malang kerana mak ada komitmen kerjaya pada malam rabu. jadi tak boleh nak lama-lama lagipun takut adik-adik kesayangan merasa jeles tahap nak lompat pagar sekolah.

maklum la saya sorang saja yang cuti.hehe. kitorang kat sana nak kata 3 hari 2 malam tak jugak. banyak kejadian curi masa berlaku. petang isnin sampai pening. eh PENANG la. pagi rabu da balik :( .

nasib baik hampir semua sedara saya bukak kedai dekat antara satu sama lain. korang tau tak kat bazar depan balai polis tuuuuu. ha kat situ la dorang punya kedai. jadi singgah kat kedai dorang je la. nak pi umah sorang-sorang mana sempat.

nak dijadikan entry, pagi selasa je la mak dan nenek boleh ikut kemahuan saya nak meronggeng. tempat tu ialah BUKIT BENDERA. yay rasa macam nak lompat pagar sekolah pulak walaupun tempat pelancongan ni je yang kitorang singgah. hehe



sampai-sampai teros nak tangkap gambar kan :-P

comelnya mak siapa ni?hewhew

nenek bersama penulis.ecece












dalam tren 

diakhiri dengan gambar mak



setiap percutian mesti ada ole-ole kan.ada dua jenis ole-ole :-p


BELI


FREEEEEEEEEEE


AMARAN KERAS: JANGAN JELES TAU.

untungkan sedara jual tudung,dia suruh tunjuk je.hehe.tapi saya punya dua je.


lain kali nak pi lagi penang.tak cukup jejalan.penang da banyak berubah.last saya pi 8 tahun lepas. 




17 June 2012

kahwin

sekarang ni kan musim kahwin.sana sini kahwin.pastu sana sini cakap pasal kahwin.semua kahwin-kahwin sampai saya rasa nak kahwin jugak! haha. tapi saya sedar saya ni masih muda mentah dan belum boleh menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.walaupun kadang-kadang saya rasa saya ni boleh.haha
biasalah tu mainan perasaan.

saya takot yang saya ni nak kahwin sebab terpengaruh tengok orang..padahal orang yang saya tengok tu memang umur da patot kahwin pun. umur saya baru 20.haha

takot tengok orang yang kahwin tak sampai 5 tahun da bercerai berai. i taknak la dapat status janda muda gitu. dulu saya suka baca segmen tajuk dia liku-liku kehidupan (tak silap saya da lama tak baca)kat surat khabar mingguan. macam-macam masalah perkahwinan.TAKOT.

tapi kalau mak ayah saya bagi kahwin sekarang dengan pilihan hati sekarang.saya ok je.hahahahhaha. insyaallah saya akan belajar jadi isteri mithali :')

ada entry kahwin mesti ada gambar kahwin.hehe. teruja saya baru ada gambar dengan pengantin. sebelum ni takde kot.

pasangan pengantin ni umur 21.sila abaikan saya yang makin mengembang macam pau kaya. :(

*tengok mak dan anak nak jugak tangkap gambar dengan pengantin..eleh motip sangat nak seri pengantin jugak la tu.haha..

mak dah berangan macam-macam nak macam tu la ini la untuk perkahwinan saya suatu hari nanti.haha TAPI mak bagi kahwin lagi 5 6 tahun lagi. awalnya mak berangan.


tengok tu sampai hati taknak tengok kamera henfon kita.mentang-mentang ada DSLR kat situ.nak merajuk la


buku ni best tak boring sebab berdasarkan pengalaman penulis.buat kita paham apa itu perkahwinan.apa yang kita nak dalam sebuah perkahwinan. yang saya ingat penulis cakap kita nak kahwin bukan niat nak elak zina semata-mata tapi......dah tak ingat.huhu.beli la buku ni harga dia lebih kurang RM 50 camtu.berbaloi.saya pinjam kawan je hihi


kahwin ni bukan untuk sehari dua.bukan nak sweet sweet masa belum ada anak je.nak sweet sweet sampai anak berderet,kulit da kendur jugak.apa kata orang cinta sampai ke jannah. impian setiap orang termasuk saya mestilah perkahwinan yang membantu kita ke syurga kan?. Amin





12 June 2012

terengganu

Assalamualaikum

sepanjang di terengganu :D


mentang-mentang internet laju harini.sume gambar nak humban kat entry ni kan.sorry.haha

masjid hadhari,besut















ICT - ikan celup tepung :D


bersama keluarga su








 















 p/s : gambar berterabur malas nak susun.haha










11 June 2012

attachment di negeri orang

assalamualaikum

pelbagai andaian yang bermain di minda. dah la negeri orang nanti dorang guna bahasa dorang.macamana?

KLINIK KESIHATAN PASIR AKAR, BESUT TERENGGANU

(kat sini dorang guna bahasa kelantan.sebab dia sempadan dengan kelantan.lagi satu dulu dulu besut kawasan kelantan).
yayyyy semuanya berjalan dengan lancar.jauh dari ape yang disangkakan.sangat sangat jauh ok.
klinik yang best sebab tak ramai orang.hahaha.pastu praktikal 4 hari je sebab ahad cuti,hari pertabalan agong.
best sebab semua nurse mesra pastu mengajar.takde nak perli perli tak reti buat keje ke ape.semua baik.dorang ajar satu satu walaupun kitorang da bagitau yang sebelum ni da sebulan praktikal klinik.
hari terakhir WAJIB la tangkap gambar.hehe

KAK TI staff nurse yang best.
siap bawa pergi rumah dia lepas HOME VISIT


kak jannah.sholeha.me



macam macam SISTER nasihat.salah satunya

jangan kawin dengan suami orang, mat drug,penganggur :P


masa hari terakhir tu ada bengkel update priskripsi & aplikasi ubatan by pharmacist pastu  ada la beberapa yang saya baru tau.

1.  kalau ubat untuk mata ter masuk telinga.it's ok telinga takde effect pape tapi kalau ubat untuk telinga letak kat mata, mata boleh jadi buta. sebab concentration ubat telinga tinggi.

2.  budak bawah umur 2 tahun tak boleh makan ubatan antihistamin contohnya piriton untuk selsema & gatal.sebab ubat tu boleh tekan pernafasan.macam kita kan kalau makan ubat selsema pun boleh mengantuk apetah lagi budak kan.kalau pergi swasta memang dia akan bagi sebab duit. tapi kalau nak jugak kena refer doktor.

3. ubat kutu yang beli dekat luar yang concentration lebih 0.1% boleh pakai selama 4 minit je.kalau lebih boleh menyebabkan sawan.

kalau salah tolong betulkan y.saya pun ingat-ingat lupa


ni je dari kitaorang :) hehe