17 June 2012

kahwin

sekarang ni kan musim kahwin.sana sini kahwin.pastu sana sini cakap pasal kahwin.semua kahwin-kahwin sampai saya rasa nak kahwin jugak! haha. tapi saya sedar saya ni masih muda mentah dan belum boleh menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.walaupun kadang-kadang saya rasa saya ni boleh.haha
biasalah tu mainan perasaan.

saya takot yang saya ni nak kahwin sebab terpengaruh tengok orang..padahal orang yang saya tengok tu memang umur da patot kahwin pun. umur saya baru 20.haha

takot tengok orang yang kahwin tak sampai 5 tahun da bercerai berai. i taknak la dapat status janda muda gitu. dulu saya suka baca segmen tajuk dia liku-liku kehidupan (tak silap saya da lama tak baca)kat surat khabar mingguan. macam-macam masalah perkahwinan.TAKOT.

tapi kalau mak ayah saya bagi kahwin sekarang dengan pilihan hati sekarang.saya ok je.hahahahhaha. insyaallah saya akan belajar jadi isteri mithali :')

ada entry kahwin mesti ada gambar kahwin.hehe. teruja saya baru ada gambar dengan pengantin. sebelum ni takde kot.

pasangan pengantin ni umur 21.sila abaikan saya yang makin mengembang macam pau kaya. :(

*tengok mak dan anak nak jugak tangkap gambar dengan pengantin..eleh motip sangat nak seri pengantin jugak la tu.haha..

mak dah berangan macam-macam nak macam tu la ini la untuk perkahwinan saya suatu hari nanti.haha TAPI mak bagi kahwin lagi 5 6 tahun lagi. awalnya mak berangan.


tengok tu sampai hati taknak tengok kamera henfon kita.mentang-mentang ada DSLR kat situ.nak merajuk la


buku ni best tak boring sebab berdasarkan pengalaman penulis.buat kita paham apa itu perkahwinan.apa yang kita nak dalam sebuah perkahwinan. yang saya ingat penulis cakap kita nak kahwin bukan niat nak elak zina semata-mata tapi......dah tak ingat.huhu.beli la buku ni harga dia lebih kurang RM 50 camtu.berbaloi.saya pinjam kawan je hihi


kahwin ni bukan untuk sehari dua.bukan nak sweet sweet masa belum ada anak je.nak sweet sweet sampai anak berderet,kulit da kendur jugak.apa kata orang cinta sampai ke jannah. impian setiap orang termasuk saya mestilah perkahwinan yang membantu kita ke syurga kan?. Amin





No comments: