30 May 2012

cinta jarak jauh

assalamualaikum

percintaan jarak jauh (PJJ) atau long distance relationship (LDR)
macam saya ni setahun jumpa 2 kali. kira 6 bulan sekali. bulan JUN dengan DISEMBER. 
jadi total setahun jumpa 6 ke 7 hari.hehe. (nak jugak bagi contoh diri sendiri kan.haha)

bagi saya ok je janji jauh di mata dekat di hati. rindu tu memang rindu pastu jeles tengok orang jumpa tiap HARI.MINGGU.BULAN .pastu baru tak jumpa seminggu up status kt fb rinduu.alahai~


kalau berkapel-kapel ni bagus sangat la kan jauh-jauh.
yang paling sadis kalau suami isteri,, mintak dijauhkan la. taknak la masa kapel jauh da kawin pun jauh. 
haiyaa manyak rinduu
malam ni saya nak share tips kekalkan hubungan jarak jauh. chewah. ni saya ambik dari majalah mana entah.hehe.
tips ni ada yang sesuai untuk laki bini je dan ada yang sesuai untuk semua. jadi pandai-pandai korang la eh nak praktikkan yang mana ^^


kekalkan keseronokan walaupun berjauhan

1. masa skype buat kejutan dengan memakai t-shirt si dia

2. jika berjauhan dengan suami. berikan countdown ke hari kalian bertemu dengan berfoto seksi. hantar gambarmu berpakaian lengkap pada hari pertama,disusuli gambar kamu dengan lingerie atau baju tidur seksi beberapa hari selepas tu.

3. pada malam yang kamu tahu dia tak sibuk, pesan pizza untuk dihantar kepadanya secara dalam talian. Makan 'bersama' sambil berbual dalam telefon.

4. bila kamu ke tempat kegemaran si dia , hantar MMS gambar makanan/minuman kegemarannya dengan mesej ' I pesan satu untuk u! ' - yang ni selalu buat ^^

5. tangkap gambar poster filem terbaru yang korang teringin nak tengok sama-sama pastu MMS 'nanti kita tonton wayang ni sama-sama ye'. -yang ni saya cakap je xkuasa nak MMS. setakat nak hantar gambar poster buat abih pitih  ja.haha

6. jika kamu berpeluang berjumpanya, tinggalkan beberapa sticky note di dalam kereta atau dompetnya agar dia menemuinya selepas kamu pulang nanti.

olololo laki bini tengah rindu merindui

cara isi masa bila bertemu

1. pilih satu rancangan yang korang selalu suka tonton.bila jumpa boleh tengok sambungan cerita tu sama-sama

2. minta si dia bawa kamu pusing-pusing di bandar yang didiaminya sambil bercerita 'disinilah saya selalu sangkut dalam kesesakan atau tempat yang selalu si dia lepak.

3. daripada 'mengosongkan jadual bila si dia datang mengunjungimu, 'masukkan' si dia dalam satu dua perkara yang biasa kamu buat macam jogging ke. agar dia boleh nampak dirimu yang sebenar.

4. pilih projek kecil yang kamu nak buat bersama contohnya mengecat rumah.ini pasti menyeronokkan!


try ok!

24 May 2012

suprises

assalamualaikum manis manis

petang tu perut dan tekak bersepakat nak makan kek.jahat betul.tapi hati dan mulut tidak menyuarakan perasaan ini kat sesiapa pun.tangan pula tidak mahu mengeluarkan duit dari dompet.

tiba-tiba

pada waktu malam tengah syok online,terdengar suara yang sangat familiar dari tandas.saya pun berdiri di sebelah pintu.jengjengjeng kawan-kawan tersayang yang sangat comel memakai topeng iaitu buatan iza sambil memegang belon dan nyanyi.(dorang masuk dari bilik toiletmate)

hehehehehe.sukaaaaaaa sangat.sangat terharu.rasa nak nangis tapi haruslah tidak menangis sebab dilahirkan jiwa kental begini. :D walaupun sangat sangat belated 16 hari telah berlalu. jangan tanya kenapa sambut lambat.haha

terima kasih sangat sangat SURIANA,IZA,KAK IKA,ECAH,SYAKILA MUAH











                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                                      
   
cekedis cekedis

tak lupa jugak kat mak dengan adik-adik yang sanggup pos hadiah aritu.terima kasih kat ayah, kawan-kawan yang wish dan bagi hadiah.dan tak lupa buat si dia yang sanngup datang dari jauh. saya sangat bersyukur dikelilingi orang macam korang ni.sweet sangat.                                                                                        



18 May 2012

terima kasih untuk 20 tahun

assalamualaikum

1st thing alhamdullilah masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar selepas disembur AMBI PUR FRESH & FLORAL hehe. sekarang umur saya da 20 tahun 11 hari. wehuuu tarik nafas dalam-dalam. kejap je rasa. ari tu baru je ambik result SPM and now lagi setahun graduate dip.

masa tu kecik lagi dalam umur 2 3 tahun camtu, xde adik lagi. mak balik kampung ada urusan mustahak. jadi saya tinggal berdua dengan ayah. ayah bawa saya jalan pusing pusing taman permainan, lepas tu macamana telinga saya boleh terkepit, saya menangis ayah pulak da gelabah. Ayah da 2 3 kali jugak cerita benda ni pastu mesti tanya "akak sakit tak masa tu?" akak tak ingat la yah.


smart ayah kita.hewhew


kadang-kadang saya pelik jugak kenapa mak ayah besarkan saya penuh dengan kasih sayang walaupun saya ni tak cantik,tak pandai dan macammacam lagi la. akak pun sayang mak dengan ayah ketatketat.


sweet couple kan?





ape-ape aktiviti yang kena tidur luar macam camping ke,lawatan 2D1N ke, mesti ayah tak kasi.mak ok je kasi. sambung diploma ni 1st time berjauhan dengan keluarga. mak nangis ayah menahan tangisan. haruslah ayahkan macho mana boleh nangis.

bila saya mintak ape-ape mesti mak ayah akan cuba dapatkan. ayah " ayah xnk anak ayah rasa susah macam ayah dulu". tapi nasib baik jugak mak ayah dapat anak macam saya ni bukan jenis mintak mintak. kalau mintak pun benda berpatutan dan murah je..haha



mak dulu surirumah. saya pulak memberontak nak tuisyen. ayah tak kasi sebab ayah tau saya xmampu nak pergi kelas itu ini. bagi ayah yang kat sekolah tu da cukup. tapi saya nak jugak. mak yang surirumah ni sanggup simpan duit dapur dan mintak bantuan pakcik. mak senyapsenyap. mak tipu ayah.ayah xtau pun saya tuisyen. bila keluar result PMR saya dapat 5A je. ayah mula membebel dengan saya dan mak. kesian mak tak pasal-pasal kena tempias. saya ni pun satu bukan nak belajar elok-elok.

sekarang anak mak ayah ni da 20 tahun da. insyaallah tahun depan anak mak ayah ni jadi staff nurse.amin. akak akan cuba balas jasa walaupun akak tahu akak xmampu nak balas macam yang mak ayah buat.

terima kasih sangatsangat. love both of u <3


11 May 2012

Lesen P

ASSALAMUALAIKUM

azam tahun ni semangat nak dapat lesen P dan meronggeng memecut kereta ke hulur hilir hanya tinggal kenangan sobsobsob :(
berikutan saya belajar di JB dan mengambil lesen di rumah, semua ni diurusan oleh mak (ayat skema badak :)


SEMALAM
mak : akak mak da tanye orang tu,nanti dia tanye JPJ boleh ke x. kalau xboleh akak kena ambik baru.
saya :owh ok (dalam hati kalau xboleh bagus jugak.hee~) tapi tu perasaan semalam yang belum berdepan dengan realiti lagi. huh

HARINI
kerani : dik, xboleh la nak sambung ambik P sebab lesen L tu da expired. da 2 tahun. blablablabla
saya : jadi kena mula semua balik ke?
kerani : a'ah.blablabla


alaaaaaa. baru semangat nak ambik bulan 6 ni. benci betol la. tu la dulu tangguh tangguhkan. kan da melayang duit ha. da bayar FULL ha. bunyi memang terok kan sampai tangguh da 2 tahun? TAHU TAHU TAHU semua salah diri sendiri. sebab dulunye acik yang ajar mandu tu da booking tarikh untuk JPJ, pastu kebetulan tarikh tu saya kena lapor diri untuk sambung belajar.

nak tak nak saya haruslah pergi lapor diri. tawaran belajar tu datang tiba-tiba. acik pun bebel la bebel bebel.dia cakap "kenapa tak bagi tahu awal awal". mana nak tahu saya dapat surat 2 hari sebelum lapor diri.

pastu bila da belajar jarang balik rumah dan malas nak sambung da.hehe. padahal tinggal ambik JPJ je kot! sebab asik kena marah dengan acik yang mengajar tu. nak tido malam pun tak senang fikir kelas mandu.

sekarang saya da rugi besar. nasib baik sikit, tak guna duit mak full.huhu kalau tak rasa bersalah giler. tapi ofcoz duit mak lagi banyak abis :( . nak harapkan gaji cashier dulu yang asik shot je.memang tak la kan.

ambik bila habis dip nanti je la