27 July 2012

mengidam




assalamualaikum

bila bulan pose ni kan macam-macam la nak ngidam. pastu mula teringat makanan-makanan yang pernah makan sebelum ni. antaranya ialah  mashed potato. hehe. .


tapi mashed potato kat tempat ni je saya rindu. ngidam. terngiang-ngiang nak makan *penuh perasaan tak?
makan bulan lepas dengan farah my BFF





sape pandai cuba teka kat mana?








mak ai memang buat gua telan air liur la der.alaaa tau tak kat mana?



 bukti kesedapan kamera pun tak sempat nak tangkap gambar tangan.


dan tiba masanya untuk mengumumkan mashed potato paling sedap abad ini:



jatuh kepada






1st time makan mashed potato kat sini terus jatuh hati.



saya makan kat wangsa walk. popeyes ada kat mana je ye?



20 July 2012

salam ramadan

jam menunjukkan 14:23 waktu malaysia. alhamdullilah tahun ni berkesempatan lagi menyambut ramadan. syukur ya allah . dan juga tahun ni sekali lagi dapat bersahur dan berbuka  bersama keluarga tercinta masa 1st ramadan. semalam baru sampai umah, esok da kena balik jb da. sobs sobs sobs sambil lap hingus. kengkawan yang duk kat pantai timur dan utara lagi kesian tak dapat balik.sebab jauh.

kesempatan ini saya nak ucapkan salam ramadan al mubarak kat semua muslim muslimat. pastu tak lupa kat kengkawan yang baca entry dan yang follow blog ni.hehe. jom kita target puasa ni lebih baik dari sebelumnya nak?. insyaallah. <3

AZAM
bulan baik bulan mulia harap jadi permulaan untuk kehidupan yang lebih diredaiNYA. amin

1. kena kurangkan lagha
2. kurangkan on9
3. tak jaga tepi kain orang
4. takmo ngumpat ngumpat + mengata orang
5. perbanyakkan baca al-quran
6. solat awal waktu
7. rajin baca buku!!!


hmmmm ape lagi ye?


hari isnin bermula sahur orang bujang.huwaaaaaa



07 July 2012

sem baru azam baru

assalamualaikum

first week kelas saya berjalan dengan lancar. alhamdullilah. walaupun asik menguap je .hadoi tido da cukup mengantuk pasal apa pun tak tau la. korang ada tips tak?hehe

sem ni saya sem 5 a.k.a tahun 3 sem 1 dan bertukar pip merah (yang kat atas bahu tu). perasaan tu bercampur baur. nak cakap excited sangat pun tak,lebih kepada takot. tak sangka da jadi senior, takut nanti nak masuk wad sebab sem 5, nurse dengan doktor da anggap kita da boleh buat semua. tak kan cakap da tak ingat plak kan. tak ada alasan nak cakap tak belajar lagi ke, lupa ke. pastu ajar adik junior lagi.





actually saya tiap sem takut. sebab nursing ni kan lebih pada praktikal. jadi bila mula praktikal tiap sem mesti takut tak boleh buat. alhamdullilah saya berjaya jugak harungi.

kesimpulannya : semakin meningkat sem semakin banyak pengetahuan anda.ecece



muka tak boleh blah

sem ni azam saya nak buat lebih baik dari sebelumnya. jadi doakan ye :) thank you



yay tiap jumaat pakai formal.boring tau pakai uniform.hehe