11 August 2012

iftar di baitul maghfirah

assalamualaikum

TARIKH : 5 OGOS 2012
HARI : AHAD 
TEMPAT : BAITUL MAGHFIRAH JOHOR BAHRU


alhamdullilah puasa kali ni saya berpeluang berbuka dengan orang yang kurang bernasib baik dari saya. tapi dorang beruntung sebab tempat ni macam home sweet home. rasa kekeluargaan. masuk rumah ni rasa tenang je sebab penghuni dia semua pakai jubah.hehe. (boleh plak macam tu kan). kitorang lebih kurang dalam 90 orang camtu



masa kitorang smpai tu dorang tengah solat asar. sementara tu kitorang snap snap gambar kat lua dulu.hee~


ibu-ibu yang merupakan tulang belakang baitulmal ni. dorang bagi sedikit briefing tentang baitulmal ni.



bertungkus lumus menyediakan onde-onde/kuih melaka untuk buka nanti. saya tukang tengok je.hehe sebab da ramai sangat tolong buat. SEDAP TAU.



menunggu persembahan dari adik-adik. mula-mula dorang malu...................


TESTING TESTING 1..2..3.. 


sayu je bila dengar adik-adik ni nyanyi. teringat adik kat rumah. :( 


wakil dari kumpulan kitorang lebih kurang 30 orang buat persembahan dikir barat
sedihnyo raso ambo hidup sore diri
umor sudoh tuo tp xdok laki
nk acu cubo suruh saing tolong cari
bia xdk rupo asa sajo baik hati




wakil dari mereka yang sekolah menengah :)
nak anak comel camni <3


azan je minum air +kurma +agar-agar .pastu siap-siap untuk solat maghrib.

pastu baru makan makanan berat nasi tomato + ayam merah.sedaaaaaaappnye
P/S : entry malas nak taip tapi nak jugak post sebab da seminggu simpan dalam draft.huhu

27 July 2012

mengidam




assalamualaikum

bila bulan pose ni kan macam-macam la nak ngidam. pastu mula teringat makanan-makanan yang pernah makan sebelum ni. antaranya ialah  mashed potato. hehe. .


tapi mashed potato kat tempat ni je saya rindu. ngidam. terngiang-ngiang nak makan *penuh perasaan tak?
makan bulan lepas dengan farah my BFF





sape pandai cuba teka kat mana?








mak ai memang buat gua telan air liur la der.alaaa tau tak kat mana?



 bukti kesedapan kamera pun tak sempat nak tangkap gambar tangan.


dan tiba masanya untuk mengumumkan mashed potato paling sedap abad ini:



jatuh kepada






1st time makan mashed potato kat sini terus jatuh hati.



saya makan kat wangsa walk. popeyes ada kat mana je ye?