18 May 2012

terima kasih untuk 20 tahun

assalamualaikum

1st thing alhamdullilah masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar selepas disembur AMBI PUR FRESH & FLORAL hehe. sekarang umur saya da 20 tahun 11 hari. wehuuu tarik nafas dalam-dalam. kejap je rasa. ari tu baru je ambik result SPM and now lagi setahun graduate dip.

masa tu kecik lagi dalam umur 2 3 tahun camtu, xde adik lagi. mak balik kampung ada urusan mustahak. jadi saya tinggal berdua dengan ayah. ayah bawa saya jalan pusing pusing taman permainan, lepas tu macamana telinga saya boleh terkepit, saya menangis ayah pulak da gelabah. Ayah da 2 3 kali jugak cerita benda ni pastu mesti tanya "akak sakit tak masa tu?" akak tak ingat la yah.


smart ayah kita.hewhew


kadang-kadang saya pelik jugak kenapa mak ayah besarkan saya penuh dengan kasih sayang walaupun saya ni tak cantik,tak pandai dan macammacam lagi la. akak pun sayang mak dengan ayah ketatketat.


sweet couple kan?





ape-ape aktiviti yang kena tidur luar macam camping ke,lawatan 2D1N ke, mesti ayah tak kasi.mak ok je kasi. sambung diploma ni 1st time berjauhan dengan keluarga. mak nangis ayah menahan tangisan. haruslah ayahkan macho mana boleh nangis.

bila saya mintak ape-ape mesti mak ayah akan cuba dapatkan. ayah " ayah xnk anak ayah rasa susah macam ayah dulu". tapi nasib baik jugak mak ayah dapat anak macam saya ni bukan jenis mintak mintak. kalau mintak pun benda berpatutan dan murah je..haha



mak dulu surirumah. saya pulak memberontak nak tuisyen. ayah tak kasi sebab ayah tau saya xmampu nak pergi kelas itu ini. bagi ayah yang kat sekolah tu da cukup. tapi saya nak jugak. mak yang surirumah ni sanggup simpan duit dapur dan mintak bantuan pakcik. mak senyapsenyap. mak tipu ayah.ayah xtau pun saya tuisyen. bila keluar result PMR saya dapat 5A je. ayah mula membebel dengan saya dan mak. kesian mak tak pasal-pasal kena tempias. saya ni pun satu bukan nak belajar elok-elok.

sekarang anak mak ayah ni da 20 tahun da. insyaallah tahun depan anak mak ayah ni jadi staff nurse.amin. akak akan cuba balas jasa walaupun akak tahu akak xmampu nak balas macam yang mak ayah buat.

terima kasih sangatsangat. love both of u <3


11 May 2012

Lesen P

ASSALAMUALAIKUM

azam tahun ni semangat nak dapat lesen P dan meronggeng memecut kereta ke hulur hilir hanya tinggal kenangan sobsobsob :(
berikutan saya belajar di JB dan mengambil lesen di rumah, semua ni diurusan oleh mak (ayat skema badak :)


SEMALAM
mak : akak mak da tanye orang tu,nanti dia tanye JPJ boleh ke x. kalau xboleh akak kena ambik baru.
saya :owh ok (dalam hati kalau xboleh bagus jugak.hee~) tapi tu perasaan semalam yang belum berdepan dengan realiti lagi. huh

HARINI
kerani : dik, xboleh la nak sambung ambik P sebab lesen L tu da expired. da 2 tahun. blablablabla
saya : jadi kena mula semua balik ke?
kerani : a'ah.blablabla


alaaaaaa. baru semangat nak ambik bulan 6 ni. benci betol la. tu la dulu tangguh tangguhkan. kan da melayang duit ha. da bayar FULL ha. bunyi memang terok kan sampai tangguh da 2 tahun? TAHU TAHU TAHU semua salah diri sendiri. sebab dulunye acik yang ajar mandu tu da booking tarikh untuk JPJ, pastu kebetulan tarikh tu saya kena lapor diri untuk sambung belajar.

nak tak nak saya haruslah pergi lapor diri. tawaran belajar tu datang tiba-tiba. acik pun bebel la bebel bebel.dia cakap "kenapa tak bagi tahu awal awal". mana nak tahu saya dapat surat 2 hari sebelum lapor diri.

pastu bila da belajar jarang balik rumah dan malas nak sambung da.hehe. padahal tinggal ambik JPJ je kot! sebab asik kena marah dengan acik yang mengajar tu. nak tido malam pun tak senang fikir kelas mandu.

sekarang saya da rugi besar. nasib baik sikit, tak guna duit mak full.huhu kalau tak rasa bersalah giler. tapi ofcoz duit mak lagi banyak abis :( . nak harapkan gaji cashier dulu yang asik shot je.memang tak la kan.

ambik bila habis dip nanti je la